Saturday, 6 April 2013

adeQ,kucen ku tercinta



 ni adeq..kucen sy..sy jumpa dia time ujn kt tmpt keja..matany sakit..sy ambl dia n bw blk umh..dia mnumpang susu dgn memey.Eirm pon same sb mak dia dh lari umh n jd kucen jalanan..
 adeq ni kuat sgt mkn..smpai smpah pon dia slongkar nk cr mkn..smpaikan pwot dia mboyot(rupany kena busung) tp bdn dia kurus jga..port mkn dia kt tepi coffee table ruang tamu..mkin lama bulu kt ekor adeq j kmbang n bwarna putih..npk cun jgk adeq ni..mcm kucen kacuk parsi pon ade..
 
1 hr tu adeq skit mata..sy n hubby bw dia g klinik krajaan 2..sy tny doc dia ni nape pwot nye besar..doc 2 wat bodo je..cek smbil lewa n bg adek ubt mata n antibiotic je..doc suh sy wat cone coz xmo adeq garu mata..doc kt y klinik pny xsesuai utk adeq ni..
 sy wat la cone utk adeq..matany pon da ok..tp pelik nape dia jrg bmain n ske dok nyorok kt meja mkn..tp ble sy amk dia ok je..siap dok ats bahu lg..
 adeq cam xde mood je dia..cam sakit jer..tp mkan kuat..

 tgk la pwot adeq ni..igtkan buncit sb kuat mkn rupany kena busung mg xsgka..

kemarin(5/4/13) sblm g keja sy tengok dulu kucen2 y dlm sngkar. sy nampak adeq ni miaw2 pastu bila ia nak jln asyik terjatuh..tp ia tetap nak jln pg kt saya..smpaikan ia tjatuh dlm bekas mkanan n air..kaki blkg ny jd lemah xblh tmpung badannya(wpon kurus) dsebabkan perutnye mbusung..mlm 2 slpas blk keja hubby ajk cr klinik verterinar sb dia ade search klinik y 24jam..tp suma ttup..
esokny(6/4/13) hubby ambil cuti nk bw adeq g klinik..doc pon tkejut tgk adeq sb tlalu lemah..nafas pon lemah sgt2..doc kt adeq kne virus y myebabkan jantung n paru2ny rosak..doc kt adeq kne kuning..sy stuju tinggalkan adeq kt klinik 2 coz vet 2 nk buang cecair dlm perut adeq..
 pagi ni(7/4/13) doc tu call..doc 2 kata adeq kena sawan n gto adeq suffering sgt n xboleh nk survive..then doc tu cadangkan utk 'tidurkan' adeq..that means to kill him! oh god,i cant accept this! sy xsanggup..

saya n hubby pon g amik adeq kt klinik 2..mg..mg adeq lmah sgt..tp ia mengerang n cuba utk bgn bila npk kami..doc kt virus 2 dah merebak ke otakny..pesan doc 2 lagi virus 2 boleh mnjangkiti kucen2 y lain..kami bawa adeq blk..spanjang jalan saya menangis..


Adeq skg tbaring lemah atas sofa.. mcm ni pon dia ttp brusaha utk dtg dkt aq smpaikan tjatuh dr sofa..aq pon pangku adeq smbil menaip..Ya Allah, aq xsggup melihat keadaannya begini tetapi aq lebih xsampai hati utk tidurkannya(matikan)..aq bkn mahu seksa adeq tp biarlah Kau shja y mngambil nyawanya..kerna Kau lbih berhak keatas ciptaanMU Ya Allah..sembuhkanlah Adeq jika Kau mahu atau ambillah nyawanya,aku reda..
kerna Kau Maha penyayang n mngetahui segala y terbaik utk setiap makhluk ciptaanMU

akhirnya, Allah dah ambil nyawa adeq time abpbh dlangsungkan..terima kasih Allah..wpon sedih dgn pmergian adeq tp aq syukur coz adeq x terseksa lg..

Friday, 7 October 2011

Pengiraan,.jom try,.

• Msukkn 3 no 1st hp anda tu (bknnya 012,016 @ 019) ke kalkulator.
• Darab dgn 80
• Tmbh 1
• Darab dgn 250
• Cmpurkn 4 nmbor last hp anda
• Skali lgi cmpurkn 4 nmbor trakhir td
• Tolak 250
• Bhgi dgn 2

Cuba tgk kalkulator,btul x yg trtera tu adakah nombor hp anda?
jom cuba

Friday, 19 August 2011

beli rumah..

agak2 la kan..dapat ke aq beli rumah? tapi aq ni blaja lg..cmne ye? td dah tgk rumah tu..npk ok je tp dlm xtao la dalam cmne..meter elektrik pon xde..amoy dpn umh tu kate umh y aq nak bli tu da lme sgt ksong..pastu leh lak dia citer mcm2 n offer umh mber dia lak..adess..mcm2 dia suh ktrg pk.."siap ckp u faham i cakap ape?" dah mcm landlord umh sewa ktrg jer ckp ayt sme..agk2 dorg ni sedare mare ke? y husband aq ckp byk kali "ktrg br nk tgk rmh ni dl,blm reg utk beli lg" xde pon dia paham..last2 aq ckp kt dia "ptg td i call agent,ni br je nak tgk rmh..we all x decide lg nak beli" huh trus diam dia n msuk rmah..hahaha..

Sunday, 14 August 2011

akhirat


KEADAAN HARI KHIAMAT.MENYERU KALIAN BACA NI..TINGKATKAN KEIMANAN KITA,MARI BACA..

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.② Doa anak²nya yang soleh.③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Sunday, 7 August 2011

motor..

hurm..dah 4x tube motor pecah ble g upm..cian laki aq..
td pon pecah gak tp tayar..adess..mjr da msuk campus..
ape la nasib aq bln lpas n bln ni mkin byk dugaan Allah bg..
kne bsabar byk2 ni, +an skg bln pose..

Thursday, 4 August 2011

makannn...!!

huh..byk btol aq msk hr ni..mcm2 aq msk..cpt lak tu siap..
slalu lmbt jer ehe..xsangke lak aq leh msk cpt..
maklum la,ipar n biras dtg bbuka puasa..
anak2 pon mkn byk..suke sgt tgk amy mkn xmcm kakak n abg dia..
umr xsmpai 2thn tp gaya mkn mcm org dewasa...
ank2 y lain pon mkn btambah gak..
bestnye bile de org ske mkn masakan kt..hehe^_^

Tuesday, 2 August 2011

erm..i dont know what to do..

haha..i dont know what to do now..
coz i dont know how to do this..
peace yow..!!